Assalamualaikum W.B.T
Pada tahun 2 ini, kursus yang perlu saya ambil salah satunya ialah kursus Teknologi Pendidikan. Bagi kursus ini, semua pelajar dikehendaki memasuki kelas tutorial. Saya telah memilih kelas tutorial pada hari Jumaat jam 3 petang yang dikendalikan oleh Dr Fariza Khalid. Pada perjumpaan pertama kelas ini, saya tidak dapat hadir kerana saya tidak mengetahui tentang kelas tersebut namun saya telah diberitahu oleh rakan saya iaitu Kak Jenny, kami perlu membina sebuah blog untuk kegunaan dalam bidang pendidikan. Sebelum ini, saya telah mengetahui tentang penggunaan blog namun saya tidak mengetahui cara membina blog dan saya tidak mempunyai blog. Kak Jenny memberitahu cara membuat blog melalui weebly. Saya mencuba membuat akaun sendiri dan akhirnya saya saya berjaya. Cara membuat blog melalui weebly ini tidak sesukar yang saya sangka. Saya hanya perlu taip weebly di carian google dan sign up untuk membuat akaun. Setelah selesai, saya perlu membuat website dan mengedit blog sendiri. Saya telah membuat sebanyak 4 page seperti yang dikehendaki Dr iaitu page Refleksi, Tugasan Saya, Blog Pendidikan dan Tentang Saya. Selepas itu, kami dikehendaki post refleksi setiap kali selepas kelas.
Pada minggu kedua tutorial, saya telah belajar mengenai Traditional Media seperti printed materials, free materials dan display surfaces. Saya juga mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan media tersebut. Menurut Dr bahan media tersebut sangat berguna dalam teknologi. Dr juga menerangkan perbezaan antara Instructional dan Educational dalam bidang teknologi pendidikan. Kami juga diminta oleh Dr untuk mencari tentang langkah2 penggunaan bahan media seperti surat khabar, LCD dan sebagainya. Dalam kump kecil, kami diminta berbincang dan wakil daripada setiap kump menjelaskan di hadapan kelas. Saya juga mengetahui tentang teknik membuat video dan menghasilkan gambar yang cantik. Dr juga memberitahu kami bahawa teknologi amat penting dalam bidang pendidikan kerana ia sangat berguna bagi seorang pendidik untuk mencari sesuatu yang menari bagi menarik minat pelajarnya.
Pada minggu seterusnya, Dr membei tugasan yang perlu dilakukan bagi setiap pelajar. Tugasan terbahagi kepada dua kategori iaitu tugasan individu dan tugasan kumpulan. Bagi tugasan individu, kami perlu membuat atau mengemaskini blog kami. Dalam page Tentang Saya, perlu dimasukkan berkaitan diri saya. Manakala dalam page Refleksi, perlu dimasukkan hasi atau rumusan tentang apa yang dipelajari setiap minggu kelas. Dalam page Tugasan saya, Dr meminta kami memasukkan info2 tentang bidang kami iaitu Pend Khas dan dalam page Blog Pendidikan, kami perlu memasukkan info2 atau maklumat berkaitan subjek minor kami. Tugasan individu yang lain ialah Model 3D iaitu satu model yang hampir sama dengan bentuk asal dan model ini perlu ada kaitan dengan pembelajaran. Kami juga boleh menghasilkan model ini menggunakan bahan2 terbuang seperti boto,tin,suratkhabar,tisu dan sebagainya. Selain itu, tugasan individu yang perlu kami hasilkan ialah kulit buku beserta isi dalamnya. Bagi kulit buku ini, kami perlu snap 1 picture yang menarik untuk dijadikan kulit buku dan membuat cerita. Cerita atau info mesti berkaitan dengan kuli buku. Isi pula perlu 10 page. Tugasan kump pula kami perlu menghasilkan 1 video yang mempunyai mesej dan pengajaran. Dalam video tersebut perlu dimasukkan muzik dan text. Dr memberi had video tersebut hanya 5-6 minit. Dr memberitahu kami cara-cara membuat video tersebut kerana kami perlu merangka objektif, tajuk, storyboard,skrip,shoot dan mengedit. Setelah siap semuanya, barulah video terhasil. Sebelum ini, saya tidak pernah menghasilkan video dan baru sekarang saya faham begitu sukar untuk membuat video pendek apatah lagifilem mahupun drama. Saya amat mengkagumi pengarah2 filem dan drama yang menghasilkan cerita terbaik di Malaysia ini. Bukan senang mahu membuat sebuah cerita. Dr menyarankan kami menggunakan software video editor dan movie maker untuk menghasilkan video nanti. Pada minggu ini banyak yang telah saya pelajari dan amat bermakna pada saya sebagai bakal guru untuk membuat sesuatu yang berguna pada anak bangsa suatu hari nanti.